Cari:
Tindakan Merangsang Permintaan Dalam Negeri dan Memperbaiki Kehidupan Rakyat NPC Dilaporkan oleh Media Di Seberang Laut
2009-03-05 09:15:53 CRI Cetak

Berita tentang perasmian Sidang Ke-2Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11 hari ini dilaporkan oleh media di seberang laut, dan menumpukan perhatian yang besar terhadap China mengambil tindakan untuk merangsang permintaan di dalam negeri dan memperbaiki kehidupan rakyat sejak berlakunya krisis kewangan sejagat.

Menurut Akhbar Jepun "Ashahi Shinbun", menyediakan peluang kerja dan memelihara keamanan masyarakat merupakan tugas yang mendesak sejak berlakunya krisis kewangan sejagat. Tugas utama sekarang ialah bagaimana merangsang permintaan dalam negeri melalui meningkatkan pelaburan dan merangsang pengguna kalangan rakyat.

Menurut Akhbar Singapuran "Lianhe Zaobao", krisis kewangan yang dibincangkan dalam Sidang Ke-2Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11 merupakan fokus utama di dunia. Rencana pengarang itu menyatakan bahawa dasar kewangan merangsang prmintaan di dalam negeri China telah diberi keutamaan di dunia, sebabnya ialah kesannya melibatkan ekonomi dari negara lain.

Media Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Thailand dan Vietnam telah melaporkan berita tentang perasmian Sidang Tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China ( NPPCC). Wakil-wakil NPC dan NPPCC akan mengemukakan cadangan dan akalnya tentang mempertahankan peningkatan ekonomi yang mantap dan pesat, memelihara keharmonian dan keamanan sosial serta memperbaiki kehidupan rakyat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China