Semasa menyentug isu Taiwan, Wen Jiabao berkata, situasi di Taiwan telah mengalami perubahan positif, hubungan antara Taiwan dengan Tanah Besar berubah menjadi lebih baik. Perbincangan di kedua-dua pantai selat Taiwan telah dipulihkan, penghantaran mel, pengangkutan laut dan udara serta perniagaan secara langsung telah diwujudkan secara menyeluruh dan langsung. Hubungan antara Taiwan dengan Tanah Besar mulai memasuki peringkat pembangunan secara damai.
Dalam tempoh tahun baru ini, kami akan mempertahankan dokumen bagi merapatkan hubungan antara Taiwan dengan Tanah Besar dan memajukan penyatuan semula secara damai tanah air, berusaha untuk meningkatkan secara damai hubungan di kedua-dua pantai selat Taiwan. Meningkatkan secara berterusan dan menyeluruh kerjassama ekonomi di kedua-dua pantai selat Taiwan , bersama-sama menangani krisis kewangan, merapatkan kerjasama kewangan, meningkatkan pelaburan dua hala dan kerjasama industri, menjayakan penormalan hubungan ekonomi supaya mekanisme kerjasama ekonomi antara Taiwan dengan Tanah Besar dapat diwujudkan secara berturut-turut.
Kami berusaha meningkatkan kepercayaan politik antara Taiwan dengan Tanah Besar berasaskan prinsip satu China. Kami bersedia memberikan pengaturan secara munasabah tentang Taiwan menyertai kegiatan pertubuhan antarabangsa melalui perbicnangan, mengkaji isu politik dan ketenteraan Taiwan dan Tanah Besar, berusaha untuk menamatkan situasi permusuhan dan mencapai perjanjian kedamaian.
.