Cari:
Tindakan Merangsang Permintaan Dalam Negeri dan Memperbaiki Kehidupan Rakyat Menjadi Tumpuan Media Di Seberang Laut Mengenai Sidang NPC dan NPPCC
2009-03-05 12:01:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Langkah China mengambil tindakan untuk merangsang permintaan dalam negeri dan memperbaiki kehidupan rakyat sejak berlakunya krisis kewangan sejagat menjadi tumpuan laporan media seberang laut semalam tentang perasmian Sidang Ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China ( NPPCC).

Akhbar Jepun "Sankei Shinbun" melaporkan, tindakan China menyediakan peluang kerja dan memelihara kestabilan masyarakat merupakan tugas yang mendesak sejak berlakunya krisis kewangan sejagat. Masalah yang penting sekarang ialah bagaimana merangsang permintaan dalam negeri melalui usaha meningkatkan pelaburan dan merangsang penggunanan di kalangan rakyat.

Menurut Akhbar Singapuran\ "Lianhe Zaobao", krisis kewangan menjadikan sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan NPC dan CPPCC tahun ini sebagai fokus utama di dunia. Rencana pengarang itu menyatakan bahawa dasar kewangan dan ekonomi merangsang permintaan dalam negeri China telah diberi perhatian di dunia, sebab kesannya melibatkan ekonomi negara lain.

Media Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Thailand dan Vietnam turut melaporkan berita tentang perasmian sidang tahunan CPPCC. Media tersebut juga menumpukan perhatian terhadap cadangan yang bakal dikemukakan oleh wakil-wakil NPC dan anggota-anggota mempertahankan peningkatan ekonomi yang mantap dan agak pesat, memelihara keharmonian dan keamanan sosial serta memperbaiki kehidupan rakyat.

.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China