China akan menolak permohonan firma asing melabur dalam syarikat yang menggunakan sumber tenaga yang tinggi dan mengakibatkan pencemaran yang teruk berasaskan laporan tentang rang rancangan pembangunan sosioekonomi tahun 2009.
Menurut laporan itu, China akan menggunakan modal asing dengan positif dan berkesan serta meningkatkan kualiti penggunaan modal asing pada tahun 2009. Kerajaan mahu memperbaiki persekitaran pelaburan secara berterusan, membaharui cara penggunaan modal asing, memandu modal asing diperuntukkan kepada industri yang berteknologi tinggi, industri pembuatan yang maju, industri menjimatkan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar serta industri perkhidmatan yang moden.
Menurut laporan itu, China giat mempertahankan peningkatan import dan eksport yang mantap, mendorong pembangunan zon perdagangan bebas yang berkaitan dengan negara dan rantau yang berkenaan, menggalakkan syarikat-syarikat perdagangan dan pemprosesan meluaskan lingkungan operasi dan berpindah ke kawasan tengah dan barat, meningkatkan pembangunan perdagangan perkhidmatan, serta menyelesaikan perselisihan ekonomi dan perdagangan antarabangsa secara positif.
Laporan itu akan dibahas dan dilulus oleh seramai kira-kira 3 ribu orang wakil NPC dalam sidang NPC itu.