Cari:
Laporan Kerja Kerajaan Nyatakan Keyakinan dan Kemampuan China bagi Mengatasi Krisis Kewangan Antarabangsa
2009-03-05 15:55:51 CRI Cetak

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) telah dirasmikan di Beijing hari ini. Perdana Menteri Wen Jiabao mewakili kerajaan pusat untuk menyampaikan laporan kerja kerajaan kepada hampir 3000 orang wakil NPC. Laporan sebanyak 20000 perkataan itu menganalisis situasi ekonomi dalam dan luar negara, dengan menjadikan usaha mengatasi krisis kewangan dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat sebagai kerja utama kerajaan tahun ini. Laporan itu menyatakan keyakinan dan kemampuan kerajaan China yang kuat bagi mengatasi krisis kewangan ini. Wen Jiaobao berkata, "Asas dan arah pembangunan ekonomi China yang baik dalam jangka panjang itu tidak berubah. Kita penuh keyakinan, China mampu mengatasi kesukaran dan cabaran global itu."

Sebenarnya, keyakinan kerajaan berdasarkan kejayaan ketara yang dicapai dalam pembangunan masyarakat ekonomi pada tahun lalu. Walaupun menghadapi kesan yang negatif, ekonomi China tetap memelihara pertumbuhan yang stabil dan agak pesat. KDNK China pada tahun lalu melebihi 30000 bilion yuan RMB, meningkat 9% jika dibandingkan dengan tahun 2007. Pelbagai matlamat pembangunan yang ditetapkan dalam laporan kerja kerajaan tahun lalu juga tercapai.

Keyakinan itu juga disebabkan oleh kejayaan China dalam mengatasi krisis kewangan pada peringkat awal. China telah melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang agak longgar. China mengeluarkan rancangan pelaburan yang bernilai sebanyak 4000 bilion yuan RMB, dan mempercepat penggubalan rancangan merangsang industri utama seperti industri besi dan keluli serta pembuatan kereta. Wen Jiabao berkata bahawa tindakan-tindakan tersebut amat berkesan dalam pelaksanaannya.

Walaupun menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada suku ke-4 tahun lalu dan kemerosotan ekonomi di seluruh dunia, China berkeyakinan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% pada tahun ini. Namun, untuk mencapai matlamat itu, China menghadapi pelbagai cabaran yang besar. Wen Jiabao memaklumkan, "Tahun ini merupakan tahun utama bagi melaksanakan 'Rancangan 5 Tahun Ke-11', dan juga tahun yang paling sukar terhadap pembangunan ekonomi. Tugas pembaharuan dan pembangunan yang stabil itu amat berat."

Untuk memelihara pertumbuhan ekonomi yang stabil dan agak pesat, pelaburan kerajaan akan memainkan peranan yang penting. Dalam laporan itu berkali-kali disebut bahawa pelaburan kerajaan yang ditingkatkan itu dengan jumlah yang besar. Menurut laporan itu, kerajaan akan memperuntukkan lebih 900 bilion yuan RMB terhadap beberapa industri utama. Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan beban syarikat dan rakyat sebanyak 500 bilion yuan RMB melalui tindakan mengurangkan cukai dan tindakan-tindakan lain.

Laporan itu juga menjelaskan topik defisit kewangan pusat. Menurutnya, defisit kewangan pusat tahun ini akan mencatat 750 bilion yuan RMB, 570 bilion yuan RMB lebih banyak berbanding tahun lalu. Bon kerajaan sebanyak 200 bilion yuan RMB juga akan dikeluarkan. Wen Jiabao berkata bahawa defisit tersebut adalah pada tahap yang boleh diterima.

Semasa menghadapi krisis kewangan, kerajaan tidak mengabaikan kerja kebajikan untuk rakyat. Dalam laporan itu dinyatakan, tindakan-tindakan bagi menyelesaikan masalah menyediakan peluang kerja dan menyempurnakan sistem jaminan sosial diberi keutamaan. Selain itu, peluang pendidikan, rawatan perubatan dan kesihatan, penyelesaian kesukaran rakyat untuk mendapat perkhidmatan perubatan dan pelbagai masalah lain turut mendapat perhatian. Wen Jiabao berkata, "Kita perlu lebih memperhatikan kebajikan rakyat pada masa sukar untuk meningkatkan keharmonian dan kestabilan masyarakat. Adalah perlu menjamin dan menjaga kebajikan rakyat, serta melaksanakan dasar pengambilan kerja yang lebih positif supaya rakyat dapat menikmati manfaat daripada pembaharuan dan pembangunan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China