Cari:
China Khuatir: Waran Tangkap terhadap Presiden Sudan Akan Gugat Proses Damai Darfur
2009-03-06 10:41:40 CRI Cetak

Waran tangkap Presiden Sudan, Omar Hasan Al-Bashir yang dikeluarkan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa akan menggugat proses damai di Kawasan Darfur dan akan menjejaskan keamanan dan kestabilan di Sudan bahkan serantau. Utusan Khas Kerajaan China mengenai masalah Darfur, Liu Guijin berkata semalam, China berasa bimbang terhadap perkara tersebut.

Beliau berkata, waran tangkap tersebut akan memberi isyarat yang salah kepada kumpulan bersenjata antikerajaan. Sejak pendakwa tribunal tersebut mengeluarkan dakwaan terhadap Omar Hasan Al-Basir pada bulan Julai tahun lalu, China telah mengadakan menyelaraskan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan agar masalah tersebut diselesaikan dengan sempurna. Oleh itu, China merasa sangat kesal kerana Tribunal Jenayah Antarabangsa memutuskan mengeluarkan waran tangkap tersebut. Beliau menegaskan, China bersedia berusaha bersama masyarakat antarabangsa, mendorong masalah Darfur diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China