Dalam krisis kewangan global, seiring dengan peningkatan peruntukan kerajaan dan pinjaman kredit, keselamatan sistem kewangan China telah menjadi tumpuan perhatian. Pegawai kanan dari tiga bank milik negara baru-baru ini menyatakan, sistem kewangan China kini adalah selamat, tidak lagi berisiko.
Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC), Naib Gabenor Bank Rakyat China, Su Ning berkata, pinjaman kredit China yang bertambah 1620 bilion yuan RMB pada bulan Januari, mencerminkan mobiliti dalam sistem bank China adalah cukup. Ini jelas menunjukkan industri perbankan China yang dinamik.
Anggota CPPCC yang juga Gabenor Bank Industri dan Perdagangan China, Yang Kaisheng berkata, meskipun pinjaman kredit bertambah secara besar-besaran pada bulan Januari, beliau yakin pelbagai bank China menetapkan dan melaksanakan mekanisme kawalan risiko, menjadikan risiko dalam bank-bank komersial China tetap di bawah kawalan.
Anggota CPPCC, Naib Gabenor Bank Pembangunan Negara, Liu Kegu pula berkata, dalam rancangan peruntukan sejumlah 4000 bilion yuan RMB, pelbagai program peruntukan yang diatur oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara adalah sesuai. Tidak dikesan risiko dalam industri perbankan China.