Cari:
Media Malaysia Tumpukan Perhatian kepada Kandungan Laporan Kerja Kerajaan China
2009-03-06 18:56:15 CRI Cetak

Laman web Bernama dan "Utusan" semalam menerbitkan rencana yang memfokuskan kandungan menangani krisis kewangan dan hubungan antara Tanah Besar dan Taiwan dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao.

Bernama memetik ucapan Wen Jiabao bahawa China akan meningkatkan dengan ketara belanjawan kerajaan bagi memulihkan ekonomi yangpertumbuhannya menjadi perlahan dan berjanji lebih banyak potongan cukai dan memperuntukkan lebih banyak dana bagi keperluan pertanian, infrastruktur dan jaminan sosial. Meskipun tahun mendatang akan menjadi tempoh paling sukar bagi ekonomi China, tetapi kerajaan China masih mengekalkan sasaran pertumbuhannya pada lapan peratus ketika krisis global semakin mencengkam di seluruh dunia.

Rencana "Utusan" pula berpendapat, berdasarkan laporan kerja kerajaan, China bersedia untuk membentuk rangka pembangunan damai dari kedua-dua pihak. Walaupun tidak menunjukkan perubahan besar dalam hubungan politik antara kedua-dua pihak, rencana itu menunjukkan hubungan yang bertambah baik sejak Taiwan diterajui pemimpin baru, Ma Ying-jeou pada Mei tahun lalu. Menurut laporan "Utusan", pihak berkuasa Taiwan membalas bahawa sebarang bentuk usaha damai adalah baik namun menambah, krisis ekonomi yang melanda Taiwan menjadikan perjanjian ekonomi adalah lebih penting. Pasaran kewangan Taiwan semalam juga menunjukkan maklum balas positif terhadap ulasan Wen Jiabao.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China