Cari:
Penyelesaian Peristiwa "3.14" Lhasa Mencapai Hasil yang Ketara
2009-03-06 16:34:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penyelesaian terhadap peristiwa musuhan "3.14" yang berlaku di bandar Lasa telah mencapai hasil yang ketara. Keadaan ekonomi dan masyarakat dipulih dengan baik dan situasi sosial amat tenteram. Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar Lhasa, kawasan autonomi Tibet China, Dorje Tseju di Beijing hari ini.

Menurutnya, selepas peristiwa tersebut, kerajaan bandar Lasa telah melaksanakan beberapa tindakan seperti meningkatkan kesejahteraan dan keamanan masyarakat, mengurangkan cukai untuk menyokong perkembangan bidang pelancongan dan memberi bantuan kepada pihak berkaitan.

Kerajaan sudah memberi subsidi khas kepada 18 keluarga mangsa yang terkorban dan menggunakan dana kerajaan untuk membantu lebih 1000 orang peniaga yang mangalami kerugian dalam peristiwa itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China