Cari:
Hu Jintao: Kerajaan Perlu Berusaha Menjamin Pertumbuhan Ekonomi dan Kehidupan Rakyat
2009-03-06 09:35:59 CRI Cetak

Presiden Hu Jintao berkata, Kerajaan perlu berusaha menjamin pertumbuhan ekonomi dan kehidupan rakyat. Beliau berkata demikian setelah mendengar perbahasan delegasi provinsi Jiangsu tentang laporan kerja kerajaan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao.

Menurutnya, kerajaan perlu menjalankan kawalan makro, meningkatkan permintaan dalam negeri dan menjamin pertumbuhan ekonomi agar mengatasi krisis kewangan pada masa ini. Selain itu, kerajaan juga perlu berusaha menyediakan lebih banyak peluang kerja, menyempurnakan sistem jaminan sosial, meningkatkan taraf perkhidmatan pendidikan dan perubatan, menjamin keselamatan dalam pengeluaran, serta giat menyelia keselamatan makanan dan ubat-ubatan agar memelihara keharmonian dan kestabilan masyarakat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China