Kerajaan perlu mengutamakan kehidupan rakyat, sektor pertanian dan pembinaan infrastruktur ketika melaksanakan rancangan rangsang ekonomi yang berjumlah 4000 bilion yuan RMB. Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhang Ping berkata hari ini, 1000 bilion yuan RMB dalam rancangan tersebut akan digunakan untuk pembangunan semula pascabencana gempa bumi di Sichuan. Sebanyak 1500 bilion yuan RMB digunakan untuk pembinaan infrastruktur, sementara 150 bilion yuan RMB untuk pembangunan masyarakat dan 370 bilion yuan RMB untuk pembaharuan sistem ekonomi.
Menteri Kewangan, Xie Xuren berkata hari ini, kerajaan pusat memperuntukkan lebih 900 bilion yuan RMB untuk pembinaan infrastruktur di desa, projek-projek yang berkaitan dengan kehidupan kaum tani serta pembangunan semula pascabencana gempa bumi.
Menurutnya, kerajaan pusat menubuhkan 24 kumpulan pemeriksa untuk mengawal penggunaan peruntukan tersebut.