Sasaran kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat angka 8% pada tahun ini boleh dicapai. Naib Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi CPPCC, dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara, Li Deshui berkata hari ini, sasaran tersebut amat rasional dan ditetapkan berdasarkan keadaan perkembangan ekonomi. Menurutnya, China tidak mengalami krisis kewangan dan hanya mengalami kesan krisis kewangan antarabangsa sahaja. Ekonomi China tidak akan merosot dan hanya berkembang dengan perlahan sedikit.