Cara yang konkrit bagi melaksanakan rancangan menyusun semula dan merangsang industri China sedang dikaji, khusus untuk mencegah dengan secepat mungkin arah aliran penurunan ekonomi industri. Demikian dinyatakan oleh Menteri Industri dan Maklumat China, Li Yizhong di Beijing semalam.
Menurutnya, sekalipun rancangan menyusun semula dan merangsang industri diwujudkan selama 3 tahun, tetapi tugas tahun ini amat penting. Beliau berkata, tanda-tanda pemulihan ekonomi industri timbul di beberapa sektor dan di beberapa kawasan di China melalui kegiatan rakyat di seluruh negara. Namun, situasi ekonomi masih teruk akibat krisis kewangan sejagat belum selesai.
Rancangan menyusun semula dan merangsang 10 industri syarikat yang penting telah dibahas dan diluluskan dalam sidang Dewan Negara China. Rancangan tersebut mempunyai erti penting bagi mempertahankan peningkatan ekonomi dengan mantap dan agak pesat, meningkatkan permintaan dalam negeri dan merangsang pembangunan berterusan pada masa akan datang.