Cari:
Tibet Tingkatkan Peruntukan Jaminan Sosial Tahun Ini
2009-03-06 15:59:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet akan  memperuntukkan kira-kira 1.5 bilion yuan RMB untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan menyempurnakan sistem jaminan sosial secara berterusan pada tahun ini. Jumlah itu meningkat lebih sekali ganda daripada yang diperuntukan tahun 2008.

Sebanyak 709 juta yuan RMB yang disediakan oleh Jabatan Kewangan Tibet akan diperuntukkan kepada sistem jaminan sosial tahun ini. Sejumlah 157 juta yuan RMB akan diperuntukkan kepada usaha menyediakan peluang kerja dan latihan kemahiran, meningkat 1.5 kaliganda daripada tahun 2008. 100 juta yuan RMB lagi akan diperuntukkan untuk menyediakan rumah sewa rendah dan subsidi sewa rumah sebagai tugas utama projek kehidupan rakyat.

Tahun ini Tibet akan meningkatkan standard pendapatan minimum serta meningkatkan jumlah peruntukan kepada usaha pemantauan dan pemeriksaan barang-barang makanan, ubat-ubatan dan produk lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China