Cari:
China akan Atasi Krisis Kewangan dengan Pandangan Jauh
2009-03-06 13:59:43 CRI Cetak

Untuk menghadapi kesan krisis kewangan antarabangsa, China telah mengeluarkan rancangan merangsang ekonomi yang melibatkan dana lebih 4000 bilion yuan RMB, dan rancangan penggalakan terhadap sebanyak 10 industri, seperti industri pembuatan kereta, serta pengeluaran besi dan kelui. Dan baru-baru ini, China mengemukakan lagi belanjawan defisit fiskal yang berjumlah 950 bilion yuan RMB untuk meningkatkan permintaan dalam negeri dan menjamin kebajikan rakyat.

Kesemua tindakan tersebut adalah untuk mengatasi krisis pada masa ini. Namun, dengan menganalisis data dan tindakan tersebut, kita boleh mendapati bahawa tindakan China bukan hanya untuk menyelesaikan kesukaran sekarang, tetapi juga mengandungi penyelesaian jangka panjang dan berkaitan erat dengan strategi pembangunan negara pada masa depan.

Semalam, Perdana Menteri Wen Jiabao menyatakan dalam laporan kerja kerajaan bahawa pembangunan ekonomi China akan memelihara pertumbuhan kira-kira 8% pada tahun ini, jumlah orang yang mendapat kerja di bandar dan pekan akan bertambah lebih 9 juta orang, dan taraf harga penggunaan akan meningkat kira-kira 4%.

Kerajaan mengutamakan pemeliharaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini. Dalam keadaan ini, meningkatkan permintaan dalam negeri, terutama permintaan pengguna yang dianggap sebagai asas yang boleh memelihara pertumbuhan ekonomi. Peruntukan serta dasar kewangan dan mata wang diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan penduduk, memperbaiki kehidupan rakyat, dan meningkatkan perbelanjaan penduduk. Tindakan itu bukan sahaja dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek, tetapi juga dapat memperbaiki struktur ekonomi China yang bergantung kepada pelaburan dan eksport pada masa lalu, di samping meningkatkan nisbah perbelanjaan dalam ekonomi, serta mewujudkan usaha memangkin pelaburan, perbelanjaan dan eksport secara seimbang dan stabil.

Rancangan rangsangan terhadap 10 industri tersebut, bukan sahaja mencakupi industri tradisional seperti besi dan keluli, petrokimia dan logam bukan ferus, tetapi juga melibatkan industri maklumat elektronik serta logistik moden. Tindakan merangsang pembangunan ekonomi serta menyelaraskan struktur ekonomi, menjadi isi kandungan yang penting dalam laporan kerja kerajaan tahun ini.

Dalam pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghadapi krisis kewangan, kita juga mendapati bahawa sebahagian besar peruntukan diberikan terhadap bidang jaminan sosial, pembangunan desa serta usaha meningkatkan pendapatan penduduk yang berpendapatan rendah. Sebahagian besar daripada defisit yang berjumlah 950 bilion yuan RMB itu juga akan diperuntukkan terhadap.

Ditinjau dari situasi sekarang, tindakan China adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah kecemasan dalam bidang sosioekonomi dalam krisis kewangan. Namun, ditinjau dari jangka panjang, peningkatan taraf jaminan sosial penduduk bererti kebimbangan mereka terhadap masalah rumah, perubatan, pencen dan pengangguran akan berkurangan, dan mereka sanggup berbelanja lebih banyak. Peningkatan pembangunan desa dan pendapatan bagi yang berpendapatan rendah juga akan meningkatkan kemampuan berbelanja penduduk. Maka, tindakan China bagi mengatasi krisis kewangan itu berkaitan rapat dan akan mendorong pembangunan seimbang antara bandar dan desa atau pelbagai wilayah, serta mendorong pembangunan berterusan sosioekonomi China dalam jangka panjang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China