China yakin dengan usaha bersama pelbagai pihak, Sidang Kemuncak Kewangan G-20 yang akan diadakan di London pada bulan April akan mencapai hasil yang memuaskan.
Menteri Luar, Yang Jiechi dalam sidang akhbar Sidang Ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 hari ini berkata, Presiden Hu Jintao akan menghadiri sidang kemuncak tersebut dan mengadakan pertemuan dengan Presiden A.S., Barack Obama dan Perdan Menteri Britain, Gordon Brown.
Yang Jiechi menegaskan, China mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan stabil merupakan sumbangan paling besar untuk menangani krisis kewangan global. China akan terus menyediakan dan menambah bantuan kepada negara-negara membangun, khususnya kepada pelbagai negara Afrika. Beliau juga menyeru negara-negara lain agar menunaikan janji masing-masing, ini juga merupakan sumbangan besar dalam menangani krisis kewangan global.