Cari:
China Berharap Pelbagai Pihak dalam Rundingan Enam Pihak Bekerjasama Dorong Rundingan Masuk Tahap Ke-3
2009-03-07 12:26:17 CRI Cetak

Menteri Luar Yang Jiechi hari ini dalam sidang akhbar di Beijing memaklumkan bahawa pelbagai pihak berkenaan dalam Rundingan Enam Pihak mengenai masalah nuklear Semenanjung Korea sepatutnya berusaha bersama agar mendorong rundingan tersebut memasuki tahap ke-3

Beliau berkata, Rundingan Enam Pihak telah mencapai kemajuan penting. Kesukaran yang dihadapi pelbagai pihak dalam rundingan adalah hal yang normal. Yang penting ialah pelbagai pihak perlu berusaha bersama menurut perjanjian yang dicapai pada 19 September tahun 2005 agar menamatkan langkah tahap ke-2 dan mendorong rundingan tersebut memasuki tahap ke-3.

Yang Jiechi menegaskan, sebagai tuan rumah, China akan terus memberi sumbangan yang unik dan bersifat membina kepada Rundingan Enam Pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China