Cari:
China Berharap Pelbagai Negara Tangani Masalah Dalai Berdasarkan Prinsip Undang-undang Antarabangsa
2009-03-07 12:56:52 CRI Cetak

China berharap pelbagai negara menangani masalah Dalai berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan sikap saling menghormati.

Menteri Luar, Yang Jiechi dalam sidang akhbar hari ini menegaskan, Dalai bukan sahaja seorang tokoh agama, malah seorang tokoh politik yang berada dalam buangan. Perbalahan antara kerajaan China dengan Dalai bukanlah masalah agama, hak asai manusia, perkauman atau budaya. Ia sebenarnya masalah memelihara kesatuan negara, iaitu China menentang cubaan Dalai memisahkan tanah air dengan Tibet diambil keluar.

Yang Jiechi berkata, China berharap pelbagai negara dapat menghormati norma hubungan antarabangsa, undang-undang antarabangsa, perlembagaan China dan undang-undang autonomi wilayah etnik China semasa menangani masalah Dalai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China