Laporan kerja kerajaan berfokus pada usaha untuk menjamin dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Naib Perdana Menteri, Li Keqiang berkata demikian ketika menghadiri sidang pleno delegasi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang NPC. Menurutnya, masalah hidup memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan perpaduan etnik dan menjamin kestabilan negara dalam jangka panjang. Kerajaan akan memberikan perhatian yang berat terhadap pembaharuan sistem perubatan agar semua rakyat dapat menikmati perkhidmatan perubatan asas.