Cari:
Menteri Luar Bentangkan Dasar Luar China
2009-03-07 14:15:00 CRI Cetak

Menteri Luar, Yang Jiechi menjawab pertanyaan wartawan dari dalam dan luar negara tentang dasar dan hubungan luar China. Menurutnya, hubungan antara kerajaan China dengan kerajaan baru A.S. amat baik. China bersedia bersama-sama dengan A.S. meningkatkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, hubungan antara China dengan Rusia berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini. China akan berusaha meningkatkan hubungan tersebut. Menyentuh hubungan China dengan Jepun, Yang Jiechi berkata bahawa kedua-dua negara ini perlu menubuhkan mekanisme kerjasama jangka panjang tentang keselamatan makanan dan menaati persepakatan yang telah dicapai tentang Laut Donghai.

Menyentuh tentang masalah dalam hubungan dengan Perancis pada masa sekarang, Yang Jiechi berkata, masalah itu bukan dicetuskan oleh pihak China. Beliau berharap Perancis memberi reaksi yang positif tentang masalah tersebut. Manakala, beliau yakin masa depan hubungan antara kedua-dua negara ini amat cerah.

Yang Jiechi menambah lagi bahawa kerjasama antara China dengan negara-negara Afrika dalam bidang sumber tenaga adalah saling menguntungkan. China akan tetap menyokong pembangunan di Afrika seperti yang sudah-sudah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China