Media dan pakar di seberang laut baru-baru ini telah menilai positif keyakinan China tentang "mengatasi kesukaran dan menangani cabaran" dalam sidang NPC dan CPPCC, dan menyatakan bahawa kegiatan China akan memainkan peranan yang penting bagi memulihkan ekonomi di seluruh dunia ketika ekonomi global berada dalam kelembapan.
Menurut akhbar Jepun " Nikkei Shimbun", pertumbuhan ekonomi China telah diberi tumpuan yang besar oleh seluruh dunia. Sama ada ekonomi China dapat ditingkatkan dengan pesat atau tidak merupakan kunci bagi memulihkan ekonomi sedunia.
Akhabar A.S "Wall Street Journal" memaklumkan bahawa pemimpin-pemimpin China penuh keyakinan terhadap matlamat bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi pada kira-kira 8% tahun ini semasa berdepan krisis kewangan sejagat. Keyakinan tersebut jarang terdapat di dunia sekarang. Media dari Argentina, Rusia, Republik Korea dan Rumania memberi tumpuan yang besar terhadap dasar China untuk menangani krisis tersebut.