Cari:
China Bersikap Budiman dalam Terjalinnya Hubungan dengan Negara Asia
2009-03-07 12:19:45 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi dalam sidang akhbar untuk Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11semasa menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh wartawan berkata bahawa China menjalinkan hubungan perdagangan yang saling menguntungkan dengan negara-negara di Asia. Sebagai sebuah negara di Asia China telah melaksanakan dasar luar yang muhibah terhadap negara jirannya.

Menyentuh tindakan yang konkrit untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di rantau Asia, Yang Jiechi berkata bahawa China akan meningkatkan kerjasama secara berterusan antara ASEAN dengan China (10+1) dan antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3) memajukan pelaksanaan "Cadangan Chiang Mai" yang mengutamakan kepentingan pelbagai hala, membentuk pasaran modal di Asia, meningkatkan jumlah rizab wang asing 10+3, meningkatkan pembangunan subkawasan sungai Mekong dan mewujudkan kerjasama dengan negara-negara Asia Selatan (SAARC) secara berterusan. Menurutnya, China dan pelbagai negara Asia sepatutnya bergiat melaksanakan pembaharuan supaya Asia mendahului rantau lain mengatasi krisis kewangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China