Cari:
Media Malaysia Tumpukan Perhatian terhadap Dasar Diplomatik China di Asia
2009-03-08 15:54:51 CRI Cetak

BERNAMA semalam menerbitkan rencana di laman webnya yang memfokuskan dasar diplomatik China di Asia yang dimaklumkan oleh Menteri Luar, Yang Jiechi dalam sidang akhbar.

Rencana itu menyebut, Menteri Luar, Yang Jiechi telah menegaskan keyakinannya bahawa Asia akan mengecapi masa depan yang lebih cerah, kerajaan China akan terus memperjuangkan penubuhan sebuah dana bernilai AS$120 bilion seperti yang dipersetujui dalam "Inisiatif Chiang Mai" sebelum ini bagi membantu negara Asia menghadapi krisis kewangan antarabangsa. Serentak dengan itu, China, Jepun dan Republik Korea juga akan meningkatkan program pertukaran dan kerjasama bagi membantu Asia berdepan dengan kemerosotan ekonomi.

China juga akan terus meningkatkan kerjasama dengan Asia Selatan dan ASEAN, termasuk negara di wilayah Mekong.

Berdasarkan "Inisitif Chiang Mai", kira-kira 80 peratus daripada wang dalam dana itu akan disumbang oleh China, Jepun dan Korea Selatan, manakala selebihnya oleh negara anggota ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China