Krisis kewangan semasa ini telah membawa cabaran baru kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan yang disarankan semasa berlangsungnya Ekspo China-ASEAN. Untuk berdepan cabaran tersebut, Guangxi sebagai tuan rumah sedang mempertimbangkan meningkatkan skala pameran, mengadakan forum kerjasama kewangan dan mendorong kerjasama pragmatik yang memudahkan perdagangan. Demikian dinyatakan oleh Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi yang juga wakil Kongres Rakyat Kebangsaan, Chen Wu petang semalam di Beijing.
Selain itu, pameran pertanian China-ASEAN juga akan diadakan sebagai cubaan pameran bertema. Langkah-langakh tersebut akan menjayakan Ekspo China-ASEAN ke-6.