Media massa asing baru-baru memuji langkah kerajaan China untuk merangsang ekonomi dan memberikan perhatian berat tentang pemulihan ekonominya. Reuter Perancis menyiarkan bahawa ekonomi China sedang pulih. Agensi berita itu memetik ucapan Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan sebagai berkata, indeks berkenaan menunjukkan bahawa ekonomi China sedang memulih berikutan dasar mata wang yang longgar.
Agensi berita Kyodo Jepun menyiarkan bahawa usaha China untuk mengatasi krisis kewangan amat berjaya. Manakala, China masih menghadapi cabaran yang getir.
Akhbar Lianhe Zaobao Singapura menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan bahawa Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhang Ping telah membentangkan penggunaan peruntukan sejumlah 4 trilion yuan RMB mengikut rancangan perangsang ekonomi terkini. Kerajaan China berusaha meningkatkan permintaan dalam negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat.