Cari:
Kemudahan Perkhidmatan untuk Rakyat Paling Utama dalam Pembangunan Semula Pascabencana Gempa di Sichuan
2009-03-08 16:38:35 CRI Cetak

Anggota NPC dan juga Naib Gabenor provinsi Sichuan, Wei Hong hari ini berkata, pelbagai kemudahan perkhidmatan untuk rakyat seperti rumah kediaman, pendidikan dan kesihatan adalah paling utama dalam pembangunan semula pascabencana gempa bumi di Sichuan.

Menurutnya, kerajaan Sichuan akan berusaha menyelesaikan projek pembinaan kawasan perumahan penduduk, dan menyelesaikan lebih 95% projek pembinaan sekolah dan hospital tahun ini.

Kata beliau, lebih 1.26 juta buah rumah di desa Sichuan perlu dibina semula akibat bencana gempa bumi. Sehingga akhir Februari yang lalu, lebih 94% daripada jumlah rumah tersebut telah mula dibina. Selain kira-kira 25% daripada lebih 310 ribu buah rumah di bandar yang rosak dalam bencana, 1,780 buah sekolah dan kira-kira 1,600 buah badan kesihatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China