Sidang Tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China Ke-11 (CPPCC) diadakan di Beijing sekarang. Para wakil telah membuat ucapan dalam sidang tersebut pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan (CPPCC) , Jia Qinglin telah menghadiri sidang itu.
16 orang anggota CPPCC, termasuk ,Zhao Qizheng dalam ucapannya telah mengemukakan cadangan masing-masing tentang pelbagai fokus sosial seperti menyediakan lebih banyak peluang kerja, meningkatkan pembangunan pendidikan dan isu keselamatan makanan.