Cari:
70 Juta Orang Sertai Ekspo Dunia Shanghai
2009-03-08 18:34:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Pengarah Jabatan Esekutif Ekspo Dunia Shanghai, Zhou Hanmin berkata, 185 buah negara dan 46 pertubuhan antarabangsa mendaftar akan menyertai Ekspo Dunia Shanghai setakat 8 Mac. Jumlah itu menciptakan rekod tertinggi dalam sejarah selama 158 tahun.

Beliau dalam sidang akhbar CPPCC di Beijing hari ini berkata, dijangka lebih 70 juta orang ikut serta dalam Ekspo Dunia Shanghai ini, antaranya pelancong dari seberang laut mencatat 5% hingga 10%.

Ketua Pengarah Jabatan Esekutif Ekspo Dunia Shanghai, Wan Jifei dalam sidang akhbar itu berkata bahawa persiapan dan penyelenggaraan Ekspo Dunia Shanghai tidak terjejas ekoran krisis kewangan. Tiada mana-mana negara atau pertubuhan yang sudah mendaftar mengundurkan diri dari temasya ini setakat ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China