Cari:
China Aktif Dorong Penggubalan Undang-Undang yang Saintifik dan Demokratik
2009-03-09 11:00:47 CRI Cetak

Rang undang-undang yang dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) akan diumumkan dalam laman web rasmi NPC.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Wu Bangguo berkata, ini berdasarkan keputusan yang dibuat dalam sidang Pengerusi Jawatankuasa Tetap kali ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan kerja Jawatankuasa Tetap di Beijing hari ini.

Menurutnya, rang undang-undang yang penting juga akan diperkenalkan melalui beberapa media utama untuk meminta pandangan pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu, badan perundangan juga akan menjalankan penyelidikan terhadap isu-isu penting yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, dan membuat penyelarasan dengan pihak-pihak yang terbabit supaya isu-isu tersebut dapat diselesaikan secara munasabah.

Pada tahun lalu, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan aktif mendorong penggubalan undang-undang yang saintifik dan demokratik, di samping meningkatkan penglibatan orang awam dalam usaha tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China