Cari:
NPC Menumpu Usaha Penggubalan Undang-undang yang Berkait dengan Hal-ehwal Sosial
2009-03-09 16:04:51 CRI Cetak

Kerja perundangan China pada tahun ini menumpu perhatian kepada usaha-usaha menetapkan dan menggubal undang-undang asas, terutama undang-undang yang berkaitan dengan Hal-ehwal sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Wu Bangguo berkata dalam persidangan kongres di Beijing hari ini, kini sistem undang-undang telah siap dibentuk yang berasaskan Perlembagaan dan meliputi tiga peringkat, iaitu undang-undang, peraturan dan peraturan kerajaan tempatan. Antara undang-undang yang akan digubal oleh NPC pada tahun ini ialah Undang-undang Insurans Sosial dan Undang-undang Bantuan Sosial, Undang-undang Pencabulan Hak Warga. Selain itu, NPC juga akan mengadakan pindaan terhadap Undang-undang Pampasan Negara, Undang-undang Menyimpan Rahsia Negara dan Undang-undang Pemilihan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China