Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) akan meningkatkan penyeliaan terhadap penggunaan dana yang digariskan dalam rancangan rangsangan ekonomi berjumlah 4000 bilion Yuan RMB.
Naib Ketua Suruhanjaya Kewangan dan Ekonomi NPC, Gao Qiang berkata demikian dalam sidang media di Beijing hari ini. Menurut beliau, usaha penyeliaan NPC itu akan tertumpu terhadap dana pelaburan yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembinaan kemudahaan awam selaras dengan perkembangan sosioekonomi dan hasrat masyarakat awam. NPC juga akan mempergiatkan kerja akautan agar mengelakkan penyalahgunaan dana tersebut.