Cari:
Hu Jintao: Tibet Perlu Mempercepat Perkembangan Sosioekonomi dan Memelihara Kestabilan Masyarakat
2009-03-09 19:13:50 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao mahu kerajaan tempatan Tibet mempergiat usaha dalam mempercepat perkembangan sosioekonomi, memastikan kestabilan masyarakat terjamin dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau menggesa demikian ketika berinteraksi dengan wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Wilayah Autonomi Tibet dalam persidangan Kongres di Beijing hari ini.

Hu Jintao berkata, kerajaan Tibet perlu mengekalkan jalan pembangunan berdasarkan keadaan sendiri dan menjamin penduduknya dapat menikmati hasil daripada pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Beliau juga mahu kerajaan tempatan itu mempergiat usaha dalam memelihara penyatuan tanah air dan memelihara kestabilan masyarakat yang berkekalan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China