Cari:
Jawatankuasa Tetap NPC Utamakan Masalah Keselamatan Makanan
2009-03-09 12:16:46 CRI Cetak

Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat amat mementingkan masalah keselamatan makanan kerana ia berkaitan langsung dengan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo menyebut demikian dalam laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC kepada wakil hari ini.

Dalam proses penggubalan "Undang-undang Keselamatan Makanan", berlaku perkara gangguan keselamatan makanan yang serius seperti "masalah susu tepung Sanlu". Melalui kajian dan pendapat daripada pelbagai pihak, Jawatankuasa Tetap NPC telah meminda draf undang-undang tersebut. Pertama, untuk meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap keselamatan makanan, pelbagai badan yang berkaitan perlu menunaikan tugasnya dalam kerja yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Dewan Negara akan membentuk jawatankuasa keselamatan makanan bagi menyelaras dan membimbing kerja tersebut. Kedua, untuk menyelesaikan masalah menyalahgunakan bahan tambahan dalam pengeluaran makanan, kerajaan akan mengekalkan prinsip "menggunakan bahan tambahan dengan teliti". Hanya yang perlu ditambah dan telah diperiksa keselamatannya, tambahan itu diizinkan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China