China memperlihatkan kedudukan yang semakin penting di masyarakat antarabangsa melalui usaha-usaha menangani krisis kewangan global. Profesor H. Sunu Budihardjo dari Jurusan Perniagaan Universiti Indonesia bekata dalam temu bual dengan wartawan CRI semalam, perkembangan ekonomi dunia tidak boleh dipisahkan dengan China.
Menurut beliau, laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada 5 Mac lalu telah menjelaskan dengan terperinci dasar-dasar kerajaan terhadap urusan dalam dan luar negeri. Rancangan rangsangan ekonomi yang berjumlah 4000 bilion Yuan RMB bukan sahaja dapat mengekalkan pertumbuhan pesat ekonomi China, malah mendorong perkembangan ekonomi sejagat. Hal ini memperlihatkan peranan yang kian besar China dalam ekonomi dunia.