Cari:
China Menentang Kegiatan Perlindungan Perdagangan
2009-03-10 15:57:41 CRI Cetak

China menentang keras kegiatan perlindungan perdagangan dan bersedia mendorong proses Rundingan Pusingan Doha yang menyasarkan matlamat menghapuskan sekatan perdagangan antarabangsa.

Menteri Perdagangan China, Chen Deming berkata demikian dalam sidang media sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.

Menurut beliau, China menentang kegiatan perlindungan perdagangan tidak selaras dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Kini, WTO sedang meneliti rancangan rangsangan ekonomi pelbagai negara bagi memastikan sama ada ia melibatkan langkah-langkah perlindungan perdagangan.

Chen Deming berkata, negara-negara di dunia perlu mempergiatkan kerjasama dan mendorong perdagangan antarabangsa berdasarkan prinsip pelbagai hala dan peraturan yang bersepadu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China