Cari:
Pendapatan Bersih Petani Tibet Meningkat 18 Kali Ganda dalam 30 Tahun
2009-03-10 15:23:03 CRI Cetak

Pendapatan bersih purata petani dan penternak Tibet tahun lalu mencapai 3176 yuan RMB yang merupakan 18 kali ganda berbanding dengan tahun 1978. demikian menurut Kertas Putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China baru-baru ini.

Menurut kertas putih itu, sebelum pembaharuan demokratik dilaksanakan, petani dan penternak di wilayah Tibet tidak mempunyai sumber pendapatan sebaliknya menanggung beban hutang sepanjang hayat. Selepas pelaksanaan pembaharuan dan dasar pintu terbuka, Wilayah Autonomi Tibet telah melaksanakan dasar "tanah dimiliki petani dan diusahakan sendiri dalam jangka panjang" dan "ternakan dimiliki penternak dan diusahakan sendiri dalam jangka panjang". Dasar-dasar itu telah menjamin peningkatan pendapatan petani dan penternak.

Peningkatan pendapatan juga mendorong taraf berbelanja di desa Tibet, dan kuasa beli petani dan penternak berubah. Taraf hidup petani dan penternak Tibet juga meningkat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China