Wartawan dari Agensi Berita Vietnam (VNA) biro Beijing berkata, perbincangan mengenai pertanian, pembangunan desa dan peningkatan jaminan sosial terhadap kaum tani dalam Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) kali ini turut menjadi tumpuan media Vietnam. Katanya, pengalaman China dalam usaha tersebut amat berguna bagi negaranya.
Ketua Pengarah Jabatan China dan Mongolia Bank Dunia, David Dollar pula berkata, pertumbuhan ekonomi China yang pesat dan mapan akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.
Hasil kaji selidik yang diumumkan Dewan Perniagaan A.S. di China (Amcham-China) semalam menunjukkan, dalam pelan pelaburan global dalam masa terdekat ini, kebanyakan responden tetap menganggap China sebagai sasaran pelaburan yang pertama bagi mereka.