Sistem kongres rakyat sebagai sistem politik asas China, menjadi wahana penting untuk mengembangkan sistem demokrasi.
Menurut laporan akhbar Renminribao hari ini, sistem tersebut bersesuaian dengan kepentingan dan hasrat bersama rakyat pelbagai etnik. Ia bukan sahaja memperlihatkan inti pati demokrasi sosialisme, iaitu "semua kekuasaan negara dimiliki oleh rakyat", malah menjadi pendekatan utama bagi rakyat untuk memelihara hak dan kepentingan mereka.
Laporan itu juga menyebut, sistem tersebut membakar semangat rakyat untuk menceburkan diri dalam pembangunan sosialisme, memastikan kecekapan jabatan kerajaan, sekali gus memelihara penyatuan negara dan perpaduan bangsa.