Cari:
Sektor Pelancongan Tibet Kian Pulih
2009-03-11 14:11:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah pelancong dan pendapatan sektor pelancongan di Wilayah Autonomi Tibet masing-masing menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada dua bulan lalu.

Menurut Biro Pelancongan Wilayah Autonomi Tibet baru-baru ini, dalam tempoh tersebut, jumlah pelancong ke Tibet mencatat angka lebih 120 ribu orang, meningkat 4.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Manakala, jumlah pendapatan sektor pelancongan di wilayah itu pula mencatat lebih 99 juta yuan RMB, meningkat kira-kira 0.6%.

Sejak musim sejuk tahun lalu, kerajaan tempatan memperkenalkan beberapa pakej pelancongan yang menawarkan diskaun, untuk menangani kesan rusuhan 14 Mac di Lhasa terhadap sektor pelancongan. Bermula awal tahun ini, kerajaan itu terus memperhebat usaha mempromosi pelancongan tempatan, dengan memperkenalkan beberapa pakej pelancongan yang bertema "menikmati suasana Tahun Baru Kalendar Tibet", dan "menghayati pemandangan Tibet pada musim sejuk".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China