Cari:
Import dan Eksport China Mencatat Pertumbuhan Negatif Selama Empat Bulan
2009-03-11 15:51:28 CRI Cetak
Jumlah import China pada bulan Februari menurun dengan 24.1 peratus jika berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Import dan eksport perdagangan luar China mencatat pertumbuhan negatif selama empat bulan berturut-turut sejak November tahun lalu.

Menurut data statistik yang diumumkan oleh Jabatan Pentadbiran Kastam, China telah mencapai lebihan perdagangan sebanyak 4.84 bilion dollar Amerika pada Februari, merosot sebanyak 34 bilion dollar berbanding dengan bulan Januari. Selain itu, jumlah import dan eksport perdagangan luar China mencapai 266.7 bilion dollar Amerika sejak Januari hingga Februari, turun sebanyak 27.2 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China