Media asing membuat liputan tentang agenda mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan, dan memberi tumpuan tinggi kepada laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC yang dibuat oleh Pengerusinya Wu Bangguo.
"Lianhe Zaobao" Singapura melaporkan bahawa Wu Bangguo menyatakan penyeliaan NPC dan kerja kerajaan serta mahkamah dan jabatan pendakwa raya menjurus kepada tujuan yang sama. Jawatankuasa Tetap NPC akan mengutamakan pelaksanaan keputusan penting kerajaan pusat dan menjayakan usaha pembangunan sosioekonomi pada tahun ini.
Agensi Berita Reuters telah mengelaurkan ulasan, menjelaskan keunggulan sistem NPC berbanding dengan sistem politik negara Barat. Menurut sistem tersebut, setiap etnik minoriti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil sendiri walau betapa kecil populasinya. Sistem ini mempunyai perwakilan yang meluas, sedangkan anggota parlimen di negara Barat hanya mewakili kepentingan sesuatu parti.