A.S. digesa segera menghentikan tindakan mencampuri urusan dalaman China dengan menggunakan isu Tibet.
Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika berunding dengan Setiausaha Negara A.S., Hillary Clinton di Washington petang semalam, sekali lagi menegaskan pendirian China dalam isu Tibet. Beliau membantah keras tindakan negara itu yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan isu Tibet, dan meluluskan resolusi berhubung isu tersebut yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli Dewan Perwakilan anti-China.