Cari:
Peningkatan Pendapatan Kaum Tani Hadapi Cabaran
2009-03-12 15:35:55 CRI Cetak

Usaha meningkatkan pendapatan petani menghadapi cabaran besar akibat krisis kewangan tahun ini. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertanian China Wei Chao'an di Beijing hari ini.

Menurut beliau, hasil pertanian China terus meningkat selama 5 tahun, namun harganya akan jatuh tahun ini. Ekoran kejatuhan itu, pendapatan petani turut terjejas.

Beliau berkata, kerajaan China akan mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi kesan negatif itu supaya pendapatan kaum tani bertambah. Tindakan tersebut seperti menambahkan hasil pertanian, menaikkan harga pembelian bahan makanan, menambah simpanan bahan makanan, menambah subsidi kepada petani di bawah peraturan antarabangsa yang berkenaan serta melaksanakan dasar keutamaan kepada perusahaan sederhana dan kecil untuk menawarkan lebih banyak peluang kerja bagi kaum petani.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China