Cari:
Wen Jiabao: China Buat Persiapan Jangka Panjang untuk Menangani Krisis Kewangan Antarabangsa
2009-03-13 12:48:23 CRI Cetak

China telah membuat persiapan jangka panjang untuk menangani krisis kewangan antarabangsa, dan dapat mengadakan dasar rangsangan ekonomi baru bila sahaja diperlukan. Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, kerajaan China telah membuat rancangan untuk mengatasi kesukaran yang lebih besar.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyan wartawan dalam dan luar China di Beijing hari ini.

Katanya, kerajaan China telah mengadakan rancangan rangsangan ekonomi bernilai 4000 bilion yuan RMB, dan membentuk rancangan pakej melalui usaha selama 6 bulan. Rancangan pakej itu mengandungi empat perkara, iaitu peruntukan kerajaan besar-besaran, penyusunan semula dan pembangunan industri dalam skala besar, sokongan sains dan teknologi dan peningkatan jaminan sosial.

Menurut Wen Jiabao, peruntukan kerajaan merupakan tindakan yang paling langsung dan berkesan. Dalam peruntukan sebanyak 4000 bilion yuan itu, terdapat projek yang diperkenalkan melalui penelitian penuh. Manakala, pelaburan langsung kerajaan yang bernilai 1180 bilion yuan RMB baru ditambah, dan akan digunakan bagi menjaga kebajikan rakyat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China