Cari:
China Harap Pihak Berkenaan Rundingan Enam Pihak Isu Nuklear Semenanjung Korea Tingkatkan Persefahaman dan Selesaikan Perselisihan
2009-03-13 13:38:13 CRI Cetak

China berharap pihak berkenaan Rundingan Enam Pihak Isu Nuklear Semenanjung Korea meningkatkan persefahaman, dan menyelesaikan perselisihan dengan teliti.

Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan Jepun selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China berakhir di Beijing hari ini.

Menurutnya, tugas yang paling mendesak bagi memperbaiki situasi Semenanjung Korea adalah mendorong Rundingan Enam Pihak, menyelesaikan masalah utama yang menghalang rundingan tersebut supaya semenanjung tersebut bebas daripada nuklear. Hanya dengan ini, wujud keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut. Kerajaan China akan mengekalkan kpertukaran maklumat dengan pelbagai pihak, meningkatkan perbincangan dan terus mendorong perkembangan rundingan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China