Cari:
Wen Jiabao: Tanah Besar dan Taiwan Perlu Tingkatkan Kerjasama untuk Menangani Krisis Antarabangsa
2009-03-13 13:54:25 CRI Cetak

Tanah Besar dan Taiwan perlu meningkatkan kerjasama untuk bersama-sama menangani krisis antarabangsa.

Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan Taiwan dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berharap agar kedua-dua pihak dengan cepat membincangkan dan menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi bersepadu, dan membentuk mekanisme kerjasama yang bersesuaian dengan ciri-ciri masing-masing. Beliau menegaskan, baik perjanjian yang akan ditandatangani, mahupun mekanisme yang akan dibentuk, kedua-duanya perlu bersesuaian dengan perkembangan hubungan, pertukaran dan ciri-ciri ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak untuk mewujudkan hubungan saling menguntungkan.

Beliau memaklumkan, tentang keanggotaan Taiwan dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tanah Besar bersedia mengadakan perbincangan dan mengatur urusan yang sewajarnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China