Cari:
Wen Jiabao: Negara Anggota IMF Sepatutnya Bersama-sama Pikul Tanggungjawab
2009-03-13 11:53:19 CRI Cetak

China sangat prihatin terhadap isu menyuntik dana tambahan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). China berpendapat negara-negara anggota IMF bersama-sama memikul tanggungjawab itu berdasarkan kuota, kerana ini bukan tanggungjawab sesebuah negara sahaja.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang akhbar selepas penutupan Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China.

Beliau berkata, IMF sepatutnya menyusun semula struktur dalamannya agar mencegah risiko dalam pengumpulan dana dan pelaburan, dan lebih mementingkan kepentingan pelbagai negara membangun.

Wen Jiabao berkata, penyuntikan dana tambahan kepada IMF sepatutnya berdasarkan keadaan dan keinginan pelbagai negara. China mendorong pelbagai badan kewangan antarabangsa mengumpulkan dana melalui pelbagai saluran.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China