Cari:
Parlimen Eropah Digesa Batalkan Cadangan Sokong Dalai Lama
2009-03-13 11:48:13 CRI Cetak
Parlimen Eropah digesa segera membatalkan cadangan untuk menyokong kumpulan Dalai Lama.

Ini ekoran laporan bahawa Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi berhubung isu Tibet di Strasbourg, Perancis semalam.

Pengerusi Kumpulan Persahabatan Kesatuan Eropah (EU)-China Parlimen Eropah, Nirj Deva amat kecewa dengan resolusi tersebut. Beliau menggesa pihak-pihak yang terbabit mengenal sejarah dan keadaan semasa Tibet secara lebih mendalam dan menyeluruh, dan tidak lagi menganggap Tibet lama seakan-akan "syurga di bumi".

Resolusi itu memutarbelitkan kebenaran, dan menuntut kerajaan China "mengadakan dialog politik dengan Dalai Lama", dan mempertimbangkan pelaksanaan apa yang disebut "Memorandum untuk Seluruh Orang Tibet Mendapat Autonomi Sebenar". Resolusi itu juga berniat untuk mengantarabangsakan isu Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China