Cari:
A.S. Digesa Patuhi Janji Jamin Keselamatan Aset China
2009-03-13 11:59:06 CRI Cetak

A.S. digesa mematuhi janji sebelum ini untuk menjamin keselamatan aset China.

Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata China merupakan negara pemiutang yang terbesar bagi A.S., manakala, A.S. merupakan entiti ekonomi yang terbesar di dunia. Oleh itu, China memberikan perhatian yang tinggi terhadap pembangunan ekonomi A.S., dan menaruh harapan yang tinggi kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Obama untuk menangani krisis kewangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) berakhir di Beijing hari ini.

Tegas beliau, China melaksanakan strategi yang pelbagai, dengan berpegang teguh kepada prinsip "menjamin keselamatan, kecairan dan kestabilan nilai RMB" ketika menguruskan rizab tukaran mata wang asing. Antaranya, mencegah risiko merupakan prinsip yang paling diutamakan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China