Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, China akan terus mengambil tindakan yang berkesan untuk menyempurnakan sistem ekonomi pasaran sosialis, memastikan pasaran terus memainkan peranan asas dalam pembahagian sumber, di samping menggalakkan perkembangan syarikat swasta dan peningkatan pelaburan swasta.
Kata beliau, usaha juga akan dijalankan untuk mendorong pembaharuan terhadap sistem politik untuk mengembangkan demokrasi sosialis dan menjamin kebebasan dan kepentingan rakyat; mendorong pembaharuan terhadap sistem kehakiman untuk mendorong keadilan sosial; dan, meningkatkan penyeliaan terhadap pelbagai sektor untuk memastikan kerajaan beroperasi dengan teratur.